Powered By Blogger

Jumaat, 22 Mac 2013

Teka teki PRU13

Selamat malam....lama rasanya tidak menulis di blog ni. Aku baru jer balik dari kursus kt PD. Kursus kali ni memang best sebab sume su seluruh negara kumpul sama kat PD. Memang banyak ilimu pengetahuan dan maklumat yang aku dapat. Hampir 100% aku memahami apa yang telah diterang kan.

Kisah di Lahad Datu semakin terang. Sekarang semua rakyat Malaysia sedang berteka-teki bila agaknya Najib nak bubarkan parlimen. Aku rasa berdebar je. Entah menang ke tidak BN. Bagi aku yang banyak mengetahui dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan tentunya aku mengharapkan agar semua yang dirancang terlaksana. Barulah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju.

Apa yang aku perhatikan, banyak maklumat yang belum sampai ke pengetahuan rakyat terutamanya yang duduk di luar bandar. 1Malaysia pun cuma bermain dibibir sahaja. Tapi apa yang terkandung di dalamnya belum tentu tahu atau tidak. Kerajaan sepatutnya turun terus ke arah pengundi sepatutnya. Biar mereka jelas dan faham.