Powered By Blogger

Isnin, 2 Disember 2013

Janji Allah itu Pasti.

Assalamualaikum. Lama dah rasanya tidak post ke blog aku ni. Bukan apa, aku terpaksa berehat sekejap sebab ada perkara lain yang lebih utama aku kena settelkan.

 Berbalik kepada tajuk utama di atas " Janji Allah itu Pasti" . Memang telah termaktub di dalam al-Quran yang Allah Maha Menepati Janji. Kita manusia ini lagi lah sepatutnya kalau tidak berani hendak menepati janji jangan lah ditepati. Haa...betul tak. Sebab itulah kerajaan kata, Janji Ditepati. Sebaik-baiknya kalau dah berjanji tu hendaklah sedaya upaya menunaikan janji. Kalau tak , jadi lah seperti janji di capati. Makan capati lagi sedap.

Tahu tak, apa yang Allah janji dalam al-Quran tu memang akan ditepatinya, Cuma nya masa dan bila hanya Dia yang tahu. Sebab tu lah kita kena yakin dengan Allah. so, next time aku tulis lagi. Aku lapor.

Khamis, 2 Mei 2013

Sarawak idola 1Malaysia

Hari ini Jumaat, esok sabtu dan lusa merupakan hari yang bakal melakarkan satu lagi sejarah dalam negara kita. Seluruh warga Malaysia akan turun menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi bagi melaksanakan sistem demokrasi untuk memilih kerajaan yang baru. Pilihanraya kali ini dianggap dan diramalkan sebagai 'Ibu segala pilihanraya'. Memang sepanjang tempoh berkempen bermacam-macam peristiwa yang diluar jangkaan telah berlaku. Mungkin kerana disebabkan 'excited' nya parti-parti politik yang bertanding untuk menawan Putrajaya sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang baru.

    Bagi aku, penduduk negeri Sarawak suasana pilihanraya di sini tidak lah sehebat atau semeriah seperti di Semenanjung. Memang sudah kebiasaannya seperti itu. Tapi semenjak kebelakangan ini, budaya biadap dalam berpolitik yang selalu berlaku di Semenanjung telah mula dikesan di beberapa tempat di sini.

  Sebenarnya, negeri Sarawak merupakan negeri yang telah dahulu mengamalkan konsep 1Malaysia. Di bawah pemerintahan Ketua Menteri , Pehin Sri Taib, seluruh warga negeri Sarawak telah mengamalkan budaya hidup yang harmoni dan bersatu padu. Kesemua 32 etniknya boleh hidup bersama dan tiada masalah dalam bekerjasama menjalankan kehidupan seharian. Masyarakat Melayu boleh makan di kedai Cina dan begitulah sebaliknya. Apabila musim perayaan seperti hari Gawai yang disambut oleh orang Iban, semua kaum lain akan sama-sama meraikannya. Budaya menghormati dan sensitif terhadap adat atau pantang larang kaum lain amatlah dijaga. Walaupun orang Melayu pergi ke rumah orang Iban, mereka menghormati dengan tidak menghidangkan makanan yang tidak halal. 

Sabtu, 27 April 2013

Penjajahan Bentuk Baru....Idea Daripada Barat

Ramai di antara kita masih mengingati peristiwa "Demonstrasi Bersih" yang bersiri 2.0 serta yang terbaru 3.0. Mungkin bagi kita cara DEMONSTRASI merupakan salah satu cara bagi menarik perhatian pihak-pihak tertentu bila mana permintaan mereka kadang-kadang tidak diendahkan sehinggakan mereka memberontak dan mengadakan protes secara berdemonstrasi. Tapi tahukah kita disebalik tindakan itu , ia merupakan satu tindakan yang telah dikaji serta ditulis di dalam sebuah buku yang membicarakan tentang :Proses Penjajahan Bentuk Baru di mana penjajahan ini tidak memerlukan penjajah untuk mengangkat senjata tetapi menghasut rakyat disesebuah negara untuk menimbulkan huru-hara di dalam negara tersebut. Kebanyakkan negara yang disasarkan merupakan negara-negara Islam yang pemerintahnya telah lama memerintah. Satu contoh yang nyata telah berlaku ialah peristiwa "Arab Spring" yang menyaksikan pemerintahnya telah digulingkan oleh rakyat dengan alasan terlalu lama memerintah.

   Negara kita sebenarnya tidak terlepas dalam rancangan ini dan buktinya banyak yang telah berlaku di dalam politik-politik semasa di negara kita. Ini kerana, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang rakyat bumiputeranya (penduduk asal ) masih lagi memegang kuasa untuk memerintah negara. Perkara inilah yang sebenarnya dipertahankan oleh pemerintah kita kerana tidak mahu menjadi negara seperti Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina. Negara-negara ini sebelum ini juga merupakan negara yang mempunyai sultan tetapi itu hanyalah tinggal sejarah kerana kebanyakkan nya telah mengamalkan sistem pemerintahan yang baru.

 Disini saya hanya menceritakan mengenai orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan buku "Nonviolation Revolution" ataupun peperangan tanpa keganasan yang telah ditulis oleh Gene Sharp.

Nama : Dr Gene Sharp

Tarikh Lahir : 1 Januari 1928

Kerakyatan : Amerika

Pengaruh Mohandas K. Gandhi, Henry David Thoreau

Penulis Buku " The Rules of Nonvialation   Revolution"



Jika benar, perkara ini harus diberikan perhatian oleh pihak berkuasa. Penjajahan alaf baru tidak memerlukan penjajaha untuk mengangkat senjata sebaliknya hanya perlu menimbulkan provokasi, sentimen dan persepsi.  Kejadian seperti demonstrasi Bersih yang sepatutnya aman telah bertukar menjadi ganas . Negara kita tidak memerlukan panduan seperti dalam buku tersebut kerana kita telah lama mengamalkan sistem demokrasi. Ini adalah agenda tersirat kuasa-kuasa besar Barat negara yang sedang membangun seperti Malaysia dan aman akan jatuh seperti peristiwa "Arab Spring". Ingatlah akan bahaya campurtangan tangan asing dalam sistem pemerintahan di negara kita. Tolak Tangan Asing.

Jumaat, 19 April 2013

Perang sik Mbak Peluru

Selamat malam....kali tok aku nk ngupas sikit lah tajuk di atas ya...maksud aku di sitok pergi menjalankan tugas tapi just pergi jak, persediaan sikda.... Umpamanya masuk ke tempat musuh ngantar dirik pun pasya coma2 lah kenak tembak. Mcm ney nk defend mun dah sikda persediaan. bETUL SIK.

   Tok lah senario yang berlaku di tempat aku kerja. Aku kinek tok dah bersemangat dah nak berjuang. Menegakkan kebenaran, memberikan maklumat kepada orang-orang diluar yang beluam tauk kebenaran. Tapi bila dikenangkan, nak bejalan start keta isik minyak k duit dirikpun, reload dirik pun, nak ney gik nak k tinggal ngan bini dirumah nun.

   Belum lagik dengan orang-orang nak disuruh carik maklumat ya. Macamney lah cdak nak bergerak, mun dah duit sikda. Sidak tok xda lah nak demand tapi yalah adat kita tok mintak tolong ngan orang tauk juak lah nak menghargai orang ya. Kelak orang juak kerja dengan ikhlas ngan kita. Biar lah kita tok dapat sikit sama sikit. Kelak dudi ari dah senang baruklah dapat merasa kenikmatannya.

 Aku orang yang ada kuasa tok berfikirlah sikit kadi orang lain. Jangan nak mersa dirik berkuasa sukati jak nak mengarah-arah orang. Kelak orang sik respect susah.

Ok lain kali aku tulis lagi.

Ahad, 14 April 2013

Antara Kekuatan dan Integriti

Antara kekuatan dan integriti. Dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza-beza. Dari segi memilih kuasa untuk memerintah negara, yang mana satukah dapat memenangi dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memilih pemerintah pada PRU kali ini.
 Jika dilihat dari parti-parti yang bertanding, semunya memiliki kriteria tersebut. Parti PAS umpamanya memperjuangkan integriti antaranya menolak isu-isu rasuah dikalangan pemimpin, kroni, akhlak dan sebagainya.

Khamis, 4 April 2013

General Kedai Kopi


Dalam negara menghadapi krisis keselamatan yang paling hebat dewasa ini, saya merasa sangat marah melihat segelintir rakyat yang mudah melempar tohmahan negatif kepada kerajaan dan pasukan keselamatan kita. Setakat ini sepuluh orang anggota keselamatan kita telah gugur di Lahad Datu dan Semporna. Adakah itu juga dirancang kerajaan? Air mata yang mengalir pada waris-waris perwira negara yang gugur juga palsu belaka?
Semua ini bertitik tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya dengan tohmahan ini. Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia. Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih tahu hal keselamatan negara.
Salah seorang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong pernah merumuskan bahawa Pakatan Rakyat hanya pandai menghasut penyokong-penyokong mereka agar merasa benci kepada kerajaan. Sikap membenci kerajaan ini telah lama dipupuk oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membutakan hati penyokong mereka untuk membezakan antara yang hak dan yang batil. PAS juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan laba politik dari isu di Sabah ini dengan mempersoalkan darjah “kesyahidan” wira-wira kita yang gugur.
Di manakah sensitiviti mereka ini terhadap waris-waris pejuang kita? Perlu diingat juga bahawa Ops Daulat masih lagi berjalan dan kenyataan-kenyataan biadap serta cemerkap ini mampu meruntuhkan semangat pasukan keselamatan kita di sana. Seluruh rakyat perlu sepakat di belakang kerajaan menentang dan mengutuk tindakan pengganas Kiram menceroboh kedaulatan negara kita. Inilah masanya untuk kita menzahirkan rasa patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengadakan satu siasatan “white paper” bagi menyiasat setiap aspek pencerobohan oleh pengganas Kiram ini termasuk mengenalpasti dalang yang merancangnya. Kerajaan berdepan cabaran pertama pasca pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 yang sebelum ini telah digunakan dengan berkesannya bagi menangani kegiatan subversif dalam negara.
Krisis di Sabah akan beransur pulih dan kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit akan kembali normal sedikit demi sedikit. Segelintir rakyat yang memberi komen biadap terhadap pasukan keselamatan mungkin tidak langsung mengambil kisah tentang nasib dan juga isteri dan anak-anak pejuang yang gugur. Mereka selesa menjadi General Kedai Kopi atau Kolonel Papan Kekunci dan gemar berhujah berkenaan teori konspirasi. Biarkanlah mereka, mereka jahil. Saya pulang dengan rasa yang diredam; menyedapkan hati ini memikirkan yang majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perjuangan pasukan keselamatan kita.

Jumaat, 22 Mac 2013

Teka teki PRU13

Selamat malam....lama rasanya tidak menulis di blog ni. Aku baru jer balik dari kursus kt PD. Kursus kali ni memang best sebab sume su seluruh negara kumpul sama kat PD. Memang banyak ilimu pengetahuan dan maklumat yang aku dapat. Hampir 100% aku memahami apa yang telah diterang kan.

Kisah di Lahad Datu semakin terang. Sekarang semua rakyat Malaysia sedang berteka-teki bila agaknya Najib nak bubarkan parlimen. Aku rasa berdebar je. Entah menang ke tidak BN. Bagi aku yang banyak mengetahui dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan tentunya aku mengharapkan agar semua yang dirancang terlaksana. Barulah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju.

Apa yang aku perhatikan, banyak maklumat yang belum sampai ke pengetahuan rakyat terutamanya yang duduk di luar bandar. 1Malaysia pun cuma bermain dibibir sahaja. Tapi apa yang terkandung di dalamnya belum tentu tahu atau tidak. Kerajaan sepatutnya turun terus ke arah pengundi sepatutnya. Biar mereka jelas dan faham.

Khamis, 31 Januari 2013

Berita Baik....

S A N G G A H T O K J A N G G U T: Rombakan Pegawai dan Kakitangan-Biro Tata Negara Sabotaj Najib?

Terbangkit Menulis....

Salam 1Malaysia dan Selamat pagi....
   Hari ini, pagi ini aku terbangkit untuk menghasilkan blog aku sendiri setelah membaca satu Blog yang telah menjadi sumber inspirasiku dalam meneruskan kehidupan sebagai manusia dan sebagai rakyat malaysia di dalam bumi yang bertuah ini. Blog tersebut telah memberi satu keyakinan bagi aku bahawa dalam kita berada di satu landasan yang betul kita jangan mengikut juragan yang melakar peta untuk untuk mengubah haluan ke destinasi yang dikehendaki.