Powered By Blogger

Jumaat, 28 Julai 2023

Diskriminasi Sistem

Lama dah tak update blog ni. kali ni aku guna bahasa melayu sebab apa yang nak aku sampaikan ini berkaitan dengan negara kita amnya. Sepeti yang kita sedia maklum, sekarang kita diperintah oleh kerajaan campuran, dimana pada pilihanraya umum ke 16 yang lalu, satu parti politik pun tidak mendapat majoriti untuk bentuk sebuah keraajaan yg perintah negara kita. Jadi, setelah bermacam drama yg kita dpt lihat mengenai tarik menarik antara parti ni , jadilah satu kerajaan baru iaitu kerajaan campuran Pkatan harapan dan Barisan Nasional. Setelah mendapat perkenan dan sedikit campur tangan daripada agong, dilantiklah Anwar Ibrahim menjadi Perdana menteri malaysia ke 10 atau PMX. Mcm biasa ,setiap PM ada dasar dan visi tersendiri nak bawa hala tuju negara dalam mendepani masa depan akan dtg. PMX bawak Malaysia Madhani, yg bagi aku menciplak idea2 PM sebelum ni . Tapi PMX ni, dia punya misi yang jelas dan nyata ialah nak perangi rasuah dan salah guna kuasa dikalangan orang2 yg memerintah . Memang setiap agenda nya ialah rasuah sakau penyamun bermula dari dia jawat jwatan PM 8 bulan lepas. Jadi, memamg banyak lah rombakan tatakelola atau penyampaian kerajaan sebelum ni telah direformasi oleh PMX. Antatra nya ialah, sistem pembayaran di kaunter2 seperti hospital, imigresen jpj dan sebagainya. maksud aku lebih tepat lagi segala bayaran perkhidmatan dikaunter kena guna kad debit bank. contih nya bayaran di klinik dan hospital masa mula2 kita daftar bagi kad rawatan at kaunter nurse. sekarang ni bayaran tunai tidak lagi diterima. pada pandangan aku, sebagai sebuah negara yang mengikuti perkembangan teknologi digital, ia memang sangat bagus kerana melalui sistem digital ni segala transaksi akan jadi lebih teratur, boleh nampak terus keberkesanannya. Jadi yang kaki2 paw duit kaunter tu memang dah tak dapat nak paw lagi lah duit untuk duit poket. yelah, ambik sikit dan tak rekod, memang la orang tak kan tahu Perkara ni ada pro dan kontra nya. sebabnya ia dilakukan secara drastik. tiada tempoh trial dan tiada option iaitu mandatori kena guna sistem jugak. Boleh dibayangkan, golongan tua atau merek yg tak berapa nak celik dgn teknologi baru ni. memang terkial2 lah jawab nya. memang berlaku bermacam2 situasi hanya kerana nak bayar seringgit masa akan jadi panjang. org yg kecemasan nk dpt rawatan kena tgu lama yg risiko nya jadi lebih teruk. Jadi, kenapa tak diadakan pilihan, tanpa tunai dan tunai. negara kita ni belum lagi jadi negara maju, so kena faham lah dengan pemikiran rakyat nya. memang mengambil masa nak adapt benda baru. Teknologi itu sepatutnya memudahkan bukan nya menyusahkan. Rasa nya bukan teknologi tetapi sistem. siapa yang mengawal sistem ini? mestilah daripada pemerintah ataupun kerajaan Madanon. ada satu lagi situasi berlaku dengan orang kampung aku. kisah nya begini. sorang budak ni dia kena tahan reman oleh polis atas kesalahan dadah. kena reman isnin hingga jumaat. polis hanya maklum kalau jamin kena pakai duit. okey dpt sedia lah duit untuk ikat jamin tu. Jumlah 2k bagi 2 org penjamin iatu sorang penjamin 1k. disebabkan sistem baru ni, nak bayar ikat jamin mesti guna online banking. tak boleh ewallet apatah lagi bayar tunai. bank pulak hanya beberapa bank tertentu jadi, dalam tempoh masa tu, hari jumaat kaunter tutup awal. macam mana diorang nak selesai kan bayaran tu guna sistem. dalam bank tak cukup duit sebab dah dikeluarkan . ingat nak bayar cash jamin tu. orang yg nak dijamin pulak, dah penuh harapan nak keluar dari lubang neraka atau lokap tu. tengah2 berharap, disebabkan masalah pembayaran, dah terpaksa direman semula sebab tak dapat bayar ikat jamin. bukan masalah nya tak dapat bayar, kalau tak dapat bayar tu lain cerita lah. ni dah ada duit disediakan untuk bayar, tapi disebabkan sistem pembayaran tu, benda2 remeh macam ni menjadi masalah besar pulak. kesian member tu, nak berak kat rumah tapi kena tahan lagi . kesian woui.. jadi, orang waras boleh berfikir, sebab yang menanggung nya ada lah rakyat biasa. banyak lagi lah kelemahan yg nampak nya oleh kerajaan madanon ni. yang aku cerita ni baru dari sudut penyampaian. akan aku sambung lagi dalam episod seterus nya. wassalam hari sabtu.