Dah malam rupanya aritok. Petang tadik aku pegi antar adik aku ke rumah sewanya di Matang nun. Balit jak terus macam ada semangat jak aku tok.
Dekat rumah mak ku belum gik tido paduhal. Sempat juak nya ngerepak ngan aku. Ngerepak ya maksudnya berleterla. Nya madah, bila la aku tok merasa makan duit kau Sam. Gulpp!!!! Tersentak juak sebenarnya rasa ati aku tok. Buku yang aku baca alu x concentrated.
Benda yang sama, serupa yang hari-hari aku pikir lah ya nak mengupgradekan hidup aku. Memang dalam palak utak aku, rasanya semua orang maok membahagiakan Maknya pun. Aku mengakui memang aku terlalu banyak kelemahan. Dah tauk banyak, x pernah juak nk cover kelemahan ya. Ya pun satu kelemahan. Entahlah, memang pikir punya pikir, sampei bila aku nak kedak tok.
Aku percaya akan dugaan dan ujian ini. Pasti Allah akan memberikan sesuatu yang membhagiakan kelak. Kerana aku percaya akan janji Allah. Aku tetap sabar dan berusaha ya Allah. Usaha ya pun x lah juak drastik tapi ada. Kenak Istiqamah, Inshaallah....nampak juak hasilnya kelak.
Sedar sik sedar juak duahl aku dah dapat bos baru. Aku masih ingat lagik kata2 bos aku. Memang opis kita tok fleksibel, tapi jangan sampei patah. Yalah, suara seorang doktor. Baruk ko tauk penangan nya. Besyukurnya aku dapat keja di BTN. Kelak aku akan cita dalam BTN ya. Aku harapla, dengan bos baru tok (mmg dh lamak kenal pun) segala cita-cita murni, idea2 kreatif, pendapat2 bernas akan didenngar dan diketengahkan untuk kesenangan bersama.
Tiada apa yang perlu digeruni melainkan kepada Yang Maha Berkuasa....Berani kerana kebenaran..
Ahad, 13 April 2014
Ahad, 6 April 2014
Semangat Yang Hilang
Selamat Malam.....semakin hari aku merasa semakin tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini. Puas aku berfikir, fikir mencari dimana kekurangan dan silapnya, dimana kelemahan. Memang ada satu sahaja jawapan nya iaitu MALAS. Tetapi, sebelum ini tidak lah pernah aku merasakan keadaan aku seperti ini. Semua perkara yang aku lakukan memang aku tidak bersemangat untuk melakukan nya. Ya Allah, kau bantu alu untuk menguatkan diriku ini. Meneruskan hidup dengan hari hari mendatang yang aku rasakan memang boleh tahan cabaran nya.
Sewaktu dahulu, segala permasalahan yang aku hadapi, aku boleh pulak hadap dengan selamba aje. Tapi sekarang, memang betul betul telah menjatuhkan semangat aku.
Sewaktu dahulu, segala permasalahan yang aku hadapi, aku boleh pulak hadap dengan selamba aje. Tapi sekarang, memang betul betul telah menjatuhkan semangat aku.
Khamis, 3 April 2014
My daughter
Selamat pagi, lama dh rasa nya aku tak menulis dekat blog ni. Satu yang aku rasa sangat lain apabila aku menulis menggunakan smartphone. Harapnya menjadi lah. Untuk entri kali ni, aku nk citer pasal anak aku lah yg sekarang dh masuk 4 bulan. Kesian kt die, kecik2 dah kena pisah ngn papa dan mama nya. Tapi takpe, hanyalah sementara. Nanti bila wife aku dh balik( dlm sebulan lagi) aku akan jaga sendiri anak aku. Rugi tak tengok anak membesar depan mata sendiri. Dengan cara tu kita boleh tahu kelebihan dan kekurangan anak kita. Anak aku ni sekarang dah tak banyak karenahnya. Senang jer mak usu nya jaga. Aku takut nanti, mak usu aku pulak yang tak boleh pisah ngan anak aku. Tapi, aku harap tidak dan aku sentiasa mendoakan agar mak usu dan pak usu aku akan memiliki zuriat sendiri. Yalah macam aku dan wife aku sebelum ni, lama jugak nk tunggu ade anak. Tiga tahun menunggu. Dalam masa tu jugak wife aku ni die pandai cari kerja yg ada kaitan dengan budak- budak. Apa lagi, jadi cikgu tadika la. Mungkin berkat sentiasa bergaul dengan budak- budak, akhirnya wife aku pregnant. Sebab tu lah aku faham apa yg mak usu dan pak usu aku rasa, dan wife aku jugak lah yg mencadangkan mereka jaga anak aku sementara dia pg training. Nih, aku nk tunjuk gambar Ameena yg latest.
Langgan:
Catatan (Atom)



