Powered By Blogger

Isnin, 6 Januari 2014

My Daughter

Syukur ke-hadrat Allah swt kerana telah memakbulkan doa ku. Isteri ku amat menginginkan seorang anak perempuan. Setiap masa aku berdoa kepada Allah SWT agar dikabulkan permintaan ku. Sesungguhnya Allah mendengar doa setiap umatnya. 

Tatkala selepas selesai ujian mengesan jantina bayi pada 4 bulan yang lepas, aku sungguh gembira dan terharu setelah doktor mengesahkan jantina bayi yabg bakal lahir adalah perempuan. Tentu sekali orang yang paling gembira adalah isteriku, kerana dalam tempoh mengandung dia terlalu menginginkan anak perempuan. Sehinggakan timbul kegusaran di hatiku, takut bila berlaku yang sebalik nya, dia akan kecewa. Sedangkan lelaki atau perempuan itu urusan Pencipta. Itupun sudah bersyukur setelah lebih dua tahun menunggu cahaya mata. Tetapi, Allah menyuruh kita berusaha dengan berdoa. Dan aku memang tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan anak perempuan. Yang paling penting, bayi aku sihat dan sempurna. Itulah anugerah Allah yang terlalu bernilai bagi pasangan suami isteri yang terlalu mengimpikan anak sendiri. Kerana, dengan adanya cahaya mata, ia akan melengkapkan lagi kenikmatan berumah tangga.

Inilah anak ku, Ameena Nur'ain. Yang aku sambut sendiri kelahirannya di wad bersalin. Subhanallah, apabila melihat di depan mata sendiri proses melahirkan bayi, menjadikan aku lebih insaf dan berazam untuk membesarkan anak ku dengan penuh kasih sayang. Terharu juga diatas pengorbanan isteri ku yang mengenepikan segala kesakitan yang dialami. Itulah kehebatan perempuan, boleh menanggung kesakitan untuk melahirkan anak.
Gambar ni masa umur Ameena dah sebulan lebih. Comel kan macam muka aku. Hehe.














                        Betullah kata orang berpengelaman, dalam keadaan hidup menghadapi tekanan kerja seharian, apabila melihat wajah bayi yang comel, akan hilang semua perasaan tersebut. Alhamdulillah.

Azam 2014

Assalamualaikum....

 Belum terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Dan selamat tinggal 2013 yang pada aku merupakan tahun yg begitu bermakna dan bersejarah dalam hidup aku. Kisah nya akan ku ceritakan pada entri yg lain.

 Aku pun sama mcm orang lain jugak, ada azam dan cita-cita sendiri . Walaupun bila aku ingat-ingat balik, ade ke tidak azam dan cita-cita aku tu aku dah lunaskan. Tapi tu x mengapa. Yang penting bagi aku, dalam meningkat nya usia ni, aku rasa lebih matang dan lebih boleh berfikir dengan rasional bagi meneruskan kehidupan mendatang.

Bagi tahun 2014 ni, aku berazam untuk lebih meningkatkan prestasi aku dalam bidang kerjaya aku. Aku dah tak mahu lagi dah nk langgar langgar peraturan ni terutama kat tempat kerja. Yelah, walaupun undang-undang tu manusia yang cipta, tapi ia dicipta untuk melancarkan proses kehidupan seharian manusia jugak. Aku berazam nk memperbaiki disiplin terutamanya kehadiran aku, penglibatan bersama rakan-rakan sekerja. Aku nak merasai semula keseronokan bekerja, walaupun aku tahu, selagi bos aku masih ada kat sini, memang tak boleh dah nak merasa nikmat kerja macam dulu lagi. 


Perubahan ke arah yang lebih baik


Tapi, bila aku bawak muhasabah dan fikir-fikir balik, tak guna jugak nak melawan sebab aku bekerja di bawah penyeliaan bos. Memang dia berkuasa, tapi bagi aku, yang penting aku dah buat sebaik mungkin kerja yang diamanahkan. Yang selebih tu terpulang lah kat dia nak menilai macam mana sebab kalau dia menilai dari segi emosianal nya, memang aku dalam kategori FAIL. Memang dah kerja dia nk mencari salah orang lain terutamanya aku.

Ya Allah, Aku memohon kepada MU agar Kau menguatkan dan teguhkan Iman dihatiku. Kerana aku tahu, sebaik-baik perancangan datang Nya dari Engkau.

Insha-Allah, akan aku ambil segala rintangan itu sebagai satu ujian. Dan semestinya setiap ujian itu telah dijanjikan kesenangan oleh Allah Ta'ala.

Sekian dulu, Hepi New Year 2014. 

Jadikan Tahun Ini Lebih Baik dari Tahun-tahun yang sebelum nya. Amin.


Ahad, 5 Januari 2014

Ameena Nurain


  1. Assalamualaikum..  di sini aku nak kongsi kan gambar baby girl aku...Ameena Nurain nama nya...umur sekarang dah 2 bulan....comel tapi congek...denga ada nya Ameena ni aku rasa lengkap lah hidup aku..mane tidak nya, bila menatap jer wajah nya, hilang segala tension yg melanda.