Syukur ke-hadrat Allah swt kerana telah memakbulkan doa ku. Isteri ku amat menginginkan seorang anak perempuan. Setiap masa aku berdoa kepada Allah SWT agar dikabulkan permintaan ku. Sesungguhnya Allah mendengar doa setiap umatnya.
Tatkala selepas selesai ujian mengesan jantina bayi pada 4 bulan yang lepas, aku sungguh gembira dan terharu setelah doktor mengesahkan jantina bayi yabg bakal lahir adalah perempuan. Tentu sekali orang yang paling gembira adalah isteriku, kerana dalam tempoh mengandung dia terlalu menginginkan anak perempuan. Sehinggakan timbul kegusaran di hatiku, takut bila berlaku yang sebalik nya, dia akan kecewa. Sedangkan lelaki atau perempuan itu urusan Pencipta. Itupun sudah bersyukur setelah lebih dua tahun menunggu cahaya mata. Tetapi, Allah menyuruh kita berusaha dengan berdoa. Dan aku memang tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan anak perempuan. Yang paling penting, bayi aku sihat dan sempurna. Itulah anugerah Allah yang terlalu bernilai bagi pasangan suami isteri yang terlalu mengimpikan anak sendiri. Kerana, dengan adanya cahaya mata, ia akan melengkapkan lagi kenikmatan berumah tangga.
Inilah anak ku, Ameena Nur'ain. Yang aku sambut sendiri kelahirannya di wad bersalin. Subhanallah, apabila melihat di depan mata sendiri proses melahirkan bayi, menjadikan aku lebih insaf dan berazam untuk membesarkan anak ku dengan penuh kasih sayang. Terharu juga diatas pengorbanan isteri ku yang mengenepikan segala kesakitan yang dialami. Itulah kehebatan perempuan, boleh menanggung kesakitan untuk melahirkan anak.
Gambar ni masa umur Ameena dah sebulan lebih. Comel kan macam muka aku. Hehe.
Betullah kata orang berpengelaman, dalam keadaan hidup menghadapi tekanan kerja seharian, apabila melihat wajah bayi yang comel, akan hilang semua perasaan tersebut. Alhamdulillah.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan