Pada hari sabtu 8 Mac 2014, sewaktu aku bangun dari tidur lebih kurang jam 830 pagi, aku terus menatap handphone ku dan membuka facebook. Satatus yang menarik perhatian aku ialah mengenai sebuah pesawat Malaysia Airline yang telah hilang daripada radar iaitu lebih kurang selepas 40 minit berlepas.
Pesawat tersebut, yang membawa 227 orang penumpang termasuk 2 orang bayi serta 12 orang anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China. Ia spatutnya mendarat di Beijing pada jam 630 pagi. Tetapi, apa yang menjadi tanda tanya ialah, pesawat tersebut hilang dan tidak dapat dikesan. Kapten pesawat tersebut juga langsung tidak memberi sebarang tanda-tanda kecemasan dan hubungan komunikasi dengan KLIA telah hilang 40 minit selepas berlepas.
Pada hari ini, masuk hari 5, misi mengesan MH370 dengan aset-aset canggih yang telah digerakkan oleh Malaysia serta dibantu oleh beberapa negara lain, namun masih lagi belum menunjukkan sebarang petunjuk atau tanda-tanda apa yang telah berlaku kepada pesawat malang tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan