Negara kita sebenarnya tidak terlepas dalam rancangan ini dan buktinya banyak yang telah berlaku di dalam politik-politik semasa di negara kita. Ini kerana, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang rakyat bumiputeranya (penduduk asal ) masih lagi memegang kuasa untuk memerintah negara. Perkara inilah yang sebenarnya dipertahankan oleh pemerintah kita kerana tidak mahu menjadi negara seperti Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina. Negara-negara ini sebelum ini juga merupakan negara yang mempunyai sultan tetapi itu hanyalah tinggal sejarah kerana kebanyakkan nya telah mengamalkan sistem pemerintahan yang baru.
Disini saya hanya menceritakan mengenai orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan buku "Nonviolation Revolution" ataupun peperangan tanpa keganasan yang telah ditulis oleh Gene Sharp.
Nama : Dr Gene Sharp
Tarikh Lahir : 1 Januari 1928
Kerakyatan : Amerika
Pengaruh Mohandas K. Gandhi, Henry David Thoreau
Penulis Buku " The Rules of Nonvialation Revolution"
Jika benar, perkara ini harus diberikan perhatian oleh pihak berkuasa. Penjajahan alaf baru tidak memerlukan penjajaha untuk mengangkat senjata sebaliknya hanya perlu menimbulkan provokasi, sentimen dan persepsi. Kejadian seperti demonstrasi Bersih yang sepatutnya aman telah bertukar menjadi ganas . Negara kita tidak memerlukan panduan seperti dalam buku tersebut kerana kita telah lama mengamalkan sistem demokrasi. Ini adalah agenda tersirat kuasa-kuasa besar Barat negara yang sedang membangun seperti Malaysia dan aman akan jatuh seperti peristiwa "Arab Spring". Ingatlah akan bahaya campurtangan tangan asing dalam sistem pemerintahan di negara kita. Tolak Tangan Asing.





