Powered By Blogger

Rabu, 20 November 2019

Iktiar idup

Dah sebulan dah aku xda keja lepas ada hal yang sik dapat dielakkan ari ya. Mesti org heran macam ney aku boleh survive yalah dengan keperluan anak ku, aku pun lagi, nak pakey aku ke hulu hilir ya semua makei duit.

Ya semua urusan ku dipermudahkan oleh Allah. Selagik aku tunaikan hak Allah, Inshaallah Allah permudahkan perjalanan idup aku sekadar cukup untuk keperluan pakei aku nampung idup aku ngan anak aku. 

Ada keluarga, saudara terdekat yang prihatin dan ambil berat cdak nya juak banyak support aku. Kawan aku juak yang senasib dengan aku banyak tolong aku. Aku polah jak apa keja yg halal asal dapat duit. Kerja sik juak susah asal jangan duduk diam sekda usaha. 

Memang aku rasa gilak perbezaan ya dolok masa aku duduk diam jak tido di umah nang aku xda dapat apa2. Jadi malas sampei kenak buang bini ku ya lah oleh nya. Tapi kinek tok aku xpat dudok diam jak dirumah ada jak dipolah ku walau kayo kayo tapi mesti ada hasil. Hati aku pun hepi juak oleh nya. 

Nektok ada kawan yg berik moral support pakei aku. Makseh ngan cdak. Ya jaklah rahsia nya untuk aku beridup kinek tok. Dalam masa yang sama juak aku usaha carik keja tetap sesuai dengan skill aku. Aku dah polah suma ya kinek tok cuma doa dan tawakal jak. Doakan kejayaan aku dan dimurah rzeki.

K bay

Sungai Lajim







Di Kuching Sarawak memang banyak sungai yang cantik dan menarik pemandangannya. Yang paling terkenal sekali sudah pastilah sungai Sarawak yang sinonim sengan pelancong apabila berkunjung ke Kuching, Sarawak. Tarikan utama nya ialah di Waterfront, tebing sungai Sarawak. Di situ banyak kegiatan atau aktiviti-aiviti yang menarik disediakan untuk pengunjung dan pelancong.

Dalam Daerah bandar Kuching masih terdapat kamnpung-kampung tradisional yang masih lagi mengekalkan imes keaslian kampungnya dari zaman awal 90-an hingga sekarang. Walaupun ditelan oleh pembangunan moden disekelilingnya, namun masih juga terdapat penduduk yang mengekalkan suasan hidup kampung tradisional sperti dahulu.

Di Kampung No 5, salah sebuah kampung dalam bandaraya Kuching, terdapat satu anak sungai yang mengalir keluar ke Sungai Sarawak. Di muara tebing yang menghala keluar ke sungai sarawak, pihak kerajaan telah membina jeti untuk menempatkan bot-bot kecil serta untuk persinggahan pengungunjung yang ingin melihat suasana sungai dengan lebih dekat. Kawasan ini memang sangat menarik seperti watefronf cuma keadaan atau lokasinya sahaja yang kecil.

Ramai yang tidak tahu di sini juga tempat untuk melakukan aktiviti seperti berjalan jalan melihat tebing  sungai sarawak, makan angin pada waktu petang dan bersantai bersama keluarga.

Juga terdapat bot-bot yang yang berlabuh di Jeti SUngai Lajim ini. Kepada mereka yang gemarkan aktiviti air, juga disediakan bot dan kayak untuk kegunaan aktiviti seperti berkayak.

Jadi rajin rajin lah mencari lokasi ini untuk mencuba aktiviti berair yang disediakan