Powered By Blogger

Rabu, 20 November 2019

Sungai Lajim







Di Kuching Sarawak memang banyak sungai yang cantik dan menarik pemandangannya. Yang paling terkenal sekali sudah pastilah sungai Sarawak yang sinonim sengan pelancong apabila berkunjung ke Kuching, Sarawak. Tarikan utama nya ialah di Waterfront, tebing sungai Sarawak. Di situ banyak kegiatan atau aktiviti-aiviti yang menarik disediakan untuk pengunjung dan pelancong.

Dalam Daerah bandar Kuching masih terdapat kamnpung-kampung tradisional yang masih lagi mengekalkan imes keaslian kampungnya dari zaman awal 90-an hingga sekarang. Walaupun ditelan oleh pembangunan moden disekelilingnya, namun masih juga terdapat penduduk yang mengekalkan suasan hidup kampung tradisional sperti dahulu.

Di Kampung No 5, salah sebuah kampung dalam bandaraya Kuching, terdapat satu anak sungai yang mengalir keluar ke Sungai Sarawak. Di muara tebing yang menghala keluar ke sungai sarawak, pihak kerajaan telah membina jeti untuk menempatkan bot-bot kecil serta untuk persinggahan pengungunjung yang ingin melihat suasana sungai dengan lebih dekat. Kawasan ini memang sangat menarik seperti watefronf cuma keadaan atau lokasinya sahaja yang kecil.

Ramai yang tidak tahu di sini juga tempat untuk melakukan aktiviti seperti berjalan jalan melihat tebing  sungai sarawak, makan angin pada waktu petang dan bersantai bersama keluarga.

Juga terdapat bot-bot yang yang berlabuh di Jeti SUngai Lajim ini. Kepada mereka yang gemarkan aktiviti air, juga disediakan bot dan kayak untuk kegunaan aktiviti seperti berkayak.

Jadi rajin rajin lah mencari lokasi ini untuk mencuba aktiviti berair yang disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan