Powered By Blogger

Khamis, 24 Disember 2020

Missed Aleesa

Dah 6 bulan sejak dari hari raya ariya aku belum nanggar , dengar lagik berita dari aleesa. Mungkin orang2 yg sik tauk cerita ya akan madah baguslah aleesa ya dijaga oleh emaknya sekurangnya segala keperluan asas nya terjaga. Daripada dijaga oleh aku yang belum ada kerja tok. Ya adalah penilaian atau pendapat daripada orang yang sik tauk kisah sebenar or cerita. Orang hanya nampak perkara yg berlaku kinek tok tapi orang sik tauk perkara yang dah berlaku. Apa yang dah pernah aku polah sepanjang dari aleesa lahir sampei lah nya diambik dan sik hantar balit oleh emaknya. 

Aku dah berapa kali juak madah dan nerang dgn orang aleesa ya aku jaga dari nya kecik. Ada orang yang dah banyak tauk cerita ya tapi polah2 jak sik tauk sebab kinek tok sidaknya hanya nampak cerita dari sebelah emak nya ajak. 

Dah berapa kali aku mohon mak nya hantar, merayu, agaknya ditempat kerja tapi semua ya dibalas kedak aku tok sampah yg x berguna dan ada perasaan. Maok jak aku ikutkan hati ngan perasaan aku tapi bila mengenangkan kesan nya kelak aku just mampu diam jak. 

Baru2 tok aku dapat perintah dari mahkamah jangan dekat dengan anak anak aku sebab aku menggunakan kekerasan. Aku ngakuk dengan mak nya aku pakei kekerasan ya pun bukan aku nak suka2 pakei cara ya. Tapi dengan anak anak aku x pernah aku nk polah mcm ya. Aku pun ada perasaan sebab masa mula2 dpt ameena dolok mcm2 dah aku rancang pakei masa depan nya. 

Macam2 jak cara pakei molah ameena happy masa nya gik kecik. Lepas ya aleesa yang memang dah jadi sejiwa dgn aku. Tapi aku x dapat terimak fitnah ya yg aku menggunakan kekerasan atas anak aku. Niat aku nak jumpa cdaknya dibalas dengan dapatkan arahan mahkamah supaya aku x dpt menghampiri sidak.

Bila dah sampei arahan mahkamah ya, aku faham ya maksud nya aku perlu ikut order mahkamah. Aku just nak luahkan yang aku x lupak dgn anak ku terutamanya aleesa sebab ada manusia yg sik berhati perut memisahkan hubunngan aku dengan anak aku. Tapi boleh juak nya bersekedudukan dengan lelaki dgn muhrim nya lepas ya ngembak anak aku sekali. 

Tapi sik apa lah, bila ada golongan yg berilmu tok sik mempertikaikan apa nya polah atas alasan anak aku terjaga. Bagi sidaknya niat ya menghalalkan cara.

Masa tok aku sik dapat polah apa apa. Cuma berdoa dibukakan hati2 mereka bahawa ada org lain yg ada perasaan juak.

Rindu icha n ameena.

Sabtu, 5 Disember 2020

Siapa Yang Selamatkan Malaysia??

SIAPA YG "SELAMATKAN MALAYSIA?"

Sesungguhnya ketika PM4 (Tun Mahathir) letak jawatan dan diambil alih oleh Pak Lah, rizab negara tinggal sedikit tetapi hutang pula banyak.

Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa pembaharuan dn pembangunan ekoran kekangan kewangan yang teruk maka PM5 telah membatalkan projek-projek yang diistilah sebagai "bangkai bernyawa" seperti Jambatan Bengkok yang hendak dibina Tun Mahathir dengan niat memutuskan saluran bekalan air ke Singapura yang melalui tambak Johor dan juga melepaskan jenama motosikal yg dibeli Tun  dgn kos hampir RM66juta dgn harga RM1.

Keadaan memang runcing hingga tiada duit untuk gantikan lampu malap di jalan raya dan lebuh raya persekutuan serta mengorek longkang-longkang di sekitar Kuala Lumpur bagi mengelakan banjir kilat.

Sahabat ku pernah ketemu Pak Lah untuk mohon projek dan diberitahu begini ... "Projek memang tak ada tapi kalau awak buat projek sendiri, saya akan sokong".

Memang ketara sungguh waktu Pak Lah itu dan ketika itu, aku masih bertugas di New Straits Times dan ku fikir sejenak "Malaysia dah dihujung kemuflisan ... Mcmana nak "Selamatkan Malaysia?".

Dan bila Pak Lah serahkan kuasa pada Dato Seri Najib, aku tertanya-tanya bagaimana anak sulong allahyarham Tun Razak dapat membalas jasa penyokong-penyokongnya jika sudah tiada apa-apa projek yang dapat dilaksanakan dengan hanya RM36b dlm rizab negara?

Tetapi aku tak jangka bahawa Dato Seri Najib sememangnya bijak dan pakar dalam ekonomi tidak seperti aku yang hanya belajar ilmu ekonomi setakat tingkatan 6 ... 🤭🤭😝

Dengan bermodalkan RM36b itulah, Dato Seri Najjb mendirikan 1MDB dn mengajak pelabur-pelabur tempatan berusaha dan berkerjasama dalam membangunkan TRX, Iskandar Puteri waterfront dan lain-lain projek tempatan.

Dato Seri Najib menggunakan persahabatan yang dijalinkan oleh arwah bapanya Tun Abdul Razak, dengan Republik China untuk membeli komoditi mentah minyak sawit dan getah yang berlonggokan di Pelabuhan Kelang dan di ladang-ladang serta estat-estat orang Melayu di seluruh Semenanjung bagi membiayai pembinaan MRT, LRT dn sistem rangkaian perhubungan jalanraya di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain.

Kos lebihan dari projek-projek ini pula dijamin pembayaran balik dengan anggaran hasil masa depan minyak sawit dan getah (barter trading).

Disamping itu, Dato Seri Najib merantau jauh ke negara-negara Timur Tengah dan Jazilah Arab untuk membawa pulang pelaburan beratus ratus bilion ke dalam negara.

Dan tidak lupa pula pada rakyat berbilang kaum, Dato Seri Najib menstrukturkan kembali taraf sosio-ekonomi rakyat dgn membina klinik-klinik 1 Malaysia, kedai-kedai 1 Malaysia dn juga memperkenalkan skim-skim bantuan untuk rakyat sejumlah 33 juta dgn pendapatan RM40bilion setahun dari kutipan GST.

Semua ini dimulakan dgn modal RM36b hingga rizab negara ditambah RM1.7trilion menjadikan jumlah rizab negara sebanyak RM2.1 trilion yang kini sedang digunapakai oleh seterunya PM8 Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membantu rakyat di pasca Covid19 ini.

Maka ingin ku tanya saudara-saudara dan rakyat sekalian ... Siapakah yg sebenarnya telah "Selamatkan Malaysia?".

Aku mohon menjelaskan ....

Ahmad Suffian
Kuala Lumpur.