SIAPA YG "SELAMATKAN MALAYSIA?"
Sesungguhnya ketika PM4 (Tun Mahathir) letak jawatan dan diambil alih oleh Pak Lah, rizab negara tinggal sedikit tetapi hutang pula banyak.
Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa pembaharuan dn pembangunan ekoran kekangan kewangan yang teruk maka PM5 telah membatalkan projek-projek yang diistilah sebagai "bangkai bernyawa" seperti Jambatan Bengkok yang hendak dibina Tun Mahathir dengan niat memutuskan saluran bekalan air ke Singapura yang melalui tambak Johor dan juga melepaskan jenama motosikal yg dibeli Tun dgn kos hampir RM66juta dgn harga RM1.
Keadaan memang runcing hingga tiada duit untuk gantikan lampu malap di jalan raya dan lebuh raya persekutuan serta mengorek longkang-longkang di sekitar Kuala Lumpur bagi mengelakan banjir kilat.
Sahabat ku pernah ketemu Pak Lah untuk mohon projek dan diberitahu begini ... "Projek memang tak ada tapi kalau awak buat projek sendiri, saya akan sokong".
Memang ketara sungguh waktu Pak Lah itu dan ketika itu, aku masih bertugas di New Straits Times dan ku fikir sejenak "Malaysia dah dihujung kemuflisan ... Mcmana nak "Selamatkan Malaysia?".
Dan bila Pak Lah serahkan kuasa pada Dato Seri Najib, aku tertanya-tanya bagaimana anak sulong allahyarham Tun Razak dapat membalas jasa penyokong-penyokongnya jika sudah tiada apa-apa projek yang dapat dilaksanakan dengan hanya RM36b dlm rizab negara?
Tetapi aku tak jangka bahawa Dato Seri Najib sememangnya bijak dan pakar dalam ekonomi tidak seperti aku yang hanya belajar ilmu ekonomi setakat tingkatan 6 ... 🤭🤭😝
Dengan bermodalkan RM36b itulah, Dato Seri Najjb mendirikan 1MDB dn mengajak pelabur-pelabur tempatan berusaha dan berkerjasama dalam membangunkan TRX, Iskandar Puteri waterfront dan lain-lain projek tempatan.
Dato Seri Najib menggunakan persahabatan yang dijalinkan oleh arwah bapanya Tun Abdul Razak, dengan Republik China untuk membeli komoditi mentah minyak sawit dan getah yang berlonggokan di Pelabuhan Kelang dan di ladang-ladang serta estat-estat orang Melayu di seluruh Semenanjung bagi membiayai pembinaan MRT, LRT dn sistem rangkaian perhubungan jalanraya di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain.
Kos lebihan dari projek-projek ini pula dijamin pembayaran balik dengan anggaran hasil masa depan minyak sawit dan getah (barter trading).
Disamping itu, Dato Seri Najib merantau jauh ke negara-negara Timur Tengah dan Jazilah Arab untuk membawa pulang pelaburan beratus ratus bilion ke dalam negara.
Dan tidak lupa pula pada rakyat berbilang kaum, Dato Seri Najib menstrukturkan kembali taraf sosio-ekonomi rakyat dgn membina klinik-klinik 1 Malaysia, kedai-kedai 1 Malaysia dn juga memperkenalkan skim-skim bantuan untuk rakyat sejumlah 33 juta dgn pendapatan RM40bilion setahun dari kutipan GST.
Semua ini dimulakan dgn modal RM36b hingga rizab negara ditambah RM1.7trilion menjadikan jumlah rizab negara sebanyak RM2.1 trilion yang kini sedang digunapakai oleh seterunya PM8 Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membantu rakyat di pasca Covid19 ini.
Maka ingin ku tanya saudara-saudara dan rakyat sekalian ... Siapakah yg sebenarnya telah "Selamatkan Malaysia?".
Aku mohon menjelaskan ....
Ahmad Suffian
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan