Powered By Blogger

Rabu, 25 Jun 2014

Mengharapkan Kebahagiaan

Semua orang mengharapkan kebahagiaan dalam hidup mereka. Tidak kira lah anak-anak yang mengharapkan kebahagiaan bersama ibu bapa dan adik beradik, pasangan kekasih, Ibu bapa kepada anak-anak dan pasangan suami isteri.

Bagi yang telah mendirikan rumah tangga, pastinya kebahagiaan dalam melayari kehidupan selepas berkahwin adalah sesuatu yang amat diidamkan. Tetapi, kebahagiaan itu hanya akan dapat dinikmati setelah berjaya mengharungi segala suka duka, kesusahan dan onak duri dalam kehidupan selepas bergelar suami isteri.

Persefahaman atau toleransi adalah amat penting untuk mencapai kebahgiaan. Kedua-dua belah pihak haruslah sama-sama menyumbangkan peranan masing-masing untuk mencapai kebahagiaan. Semua pasangan mengharapkan dapat hidup bersama hingga ke akhir hayat.

Pada masa kini, kita dapat menyaksikan terlalu banyak pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda. Yang paling menyedihkan, banyak juga yang bercerai dalam usia yang muda dan kebanyakkan mereka beragama Islam. Tentulah perkara ini amat membimbangkan kerana perceraian ini akan menyebabkan berlakunya banyak perkara negatif yang lain.

Jika pasangan yang bercerai itu mempunyai anak, anak tersebut tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari kedua ibu bapa.

Sabtu, 21 Jun 2014

Sejarah Dewan Undangan Negeri Sarawak

Tapak mesyarat General Council yang Pertama di Bintulu
Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan disebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah Ahli dipilih seramai 21 orang. Ahli-Ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.Council Negri, kini dikenali dengan Dewan Undangan Negeri merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di dalam Malaysia.
Tiga Zaman
Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke,
diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.
Keahlian
Keahlian Dewan juga mengalami perubahan. Bermula dengan hanya wakil daripada kaum Bumiputra sahaja yang dilantik menjadi ahli kemudian barulah wakil-wakil kaum cina.
Saat-Saat Kemerdekaan
Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbirkan oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak. Zaman gembilangnya mulai berputik pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihanraya. Ahli-ahli Dewan kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihanraya secara langsung. Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Usul terimakasih Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:
"Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia.

Selasa, 17 Jun 2014

Kesesakan Jalan Yang Semakin Hari Semakin Parah

Dari hari ke sehari, kita boleh lihat dimana-dimana di atas jalan raya jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Rata-rata penduduk Malaysia pada masa ini mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta bagi setiap rumah. Itu adalah yang bagi yang mempunyai sebuah kereta. Kalau yang terlebih mampu, setiap orang dalam sebuah rumah memiliki kereta masing-masing. Cuba bayangkan, jika semua penduduk memiliki kereta dan keluar ke jalan raya pada satu-satu masa. Ia akan memenuhkan setiap jalan raya yang ada. 

Untuk menambah jalan yang sedia ada bukan lah semudah menambah jumlah kenderaan. Jalan yang sama contoh nya hanya boleh dibesarkan dalam tempoh 3 tahun. Bayangkan dalam tempoh 3 tahun, berapakah jumlah pertambahan kenderaan yang melalui jalan yang sedia ada setiap hari.

Negara kita sekarang merupakan sebuah negara yang membangun dan akan menuju  negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Jika dibandingkan dengan negara maju yang lain, masalah kesesakan jalan memanglah tidak dapat dielakkan. Tetapi, mentaliti atau pemikiran rakyatnya dalam melalui perkara ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa.

Mereka tahu pada waktu-waktu puncak iaitu waktu kebiasaanya orang akan pergi dan balik kerja, mereka akan merancang perjalanan dengan lebih sistematik. Mereka akan memilih pengangkutan-pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja. Bagi tempat yang tiada akses kemudahan mereka akan berkongsi kereta ke tempat kerja.

Memang dalam keadaan sekarang jika dilaksanakan ia agak sukar. Tatapi jika telah dilaksanakan , lama kelamaan ia akan jadi mudah.

Berada dalam keadaan jalan yang sesak banyak mempengaruhi emosi dan pemikiran seorang pemandu. Ia dapat menyebabkan tekanan, boleh menyebabkan rasa marah dan keadaan ini pastinya akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah sampingan yang lain.

Rakyat negara kita seharusnya mengubah sikap atau mentaliti mereka terlebih dahulu. Mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap orang lain barulah segala perancangan kerajaan dapat dilaksanakan.

Sikap mementingkan diri harus lah dikikis segera oleh setiap lapisan masyarakat. Semua lapisan hendaklah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Barulah perjalanan menuju ke arah negara maju seperti yang dirancang akan tercapai dengan jayanya.

Di pihak pelaksana atau kerajaan pula, hendaklah mengenalpasti punca atau permasalahan yang membawa kepada keadaan kesesakan jalan ini. Setiap aduan atau maklum balas hendaklah di ambil perhatian. Mulakan segera proses penambahan jalan alternatif atau kaedah-kaedah mengurangkan kesesakan jalan pada waktu puncak. 

Faktor permukaan jalan juga mempengaruhi permasalahan kesesakan jalan. Pihak-pihak bertanggunjawab hendaklah segera bertindak jika terdapat mana-mana kerosakan di atas jalan. Ia dapat melancarkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Pertambahan kawasan-kawasan perumahan dalam bandar juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kesesakan jalan. Pertambahan penduduk di satu-satu kawasan menyebabkan mereka menggunakan jalan-jalan yang sedia ada sebagai perhubungan ke tempat lain.

Pemaju-pemaju perumahan pula seharusnya telah memikirkan situasi yang berlaku pada masa akan datang. Mereka hendaklah bijak mencari kawasan-kawasan baru bagi membuat penempatan. Ini dapat mengalih kebergantungan penduduk kepada jalan sebelum ini ke kawasan yang baru yang lebih luasa dan selesa.

Oleh itu, setiap masyarakat hendaklah bekerjasama dan mengubah mentaliti mereka dari sekarang supaya kita dapat sama-sama menikmati kehidupan yang lebih selesa dan makmur pada masa akan datang.

Keadaan yang sesak di ibu kota

Shopingg kompleks yang baru di Kota Samarahan

Bandaraya Kuching sekarang


UNIMAS. Pusat pembelajaran universiti di Kota Samarahan