Untuk menambah jalan yang sedia ada bukan lah semudah menambah jumlah kenderaan. Jalan yang sama contoh nya hanya boleh dibesarkan dalam tempoh 3 tahun. Bayangkan dalam tempoh 3 tahun, berapakah jumlah pertambahan kenderaan yang melalui jalan yang sedia ada setiap hari.
Negara kita sekarang merupakan sebuah negara yang membangun dan akan menuju negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Jika dibandingkan dengan negara maju yang lain, masalah kesesakan jalan memanglah tidak dapat dielakkan. Tetapi, mentaliti atau pemikiran rakyatnya dalam melalui perkara ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa.
Mereka tahu pada waktu-waktu puncak iaitu waktu kebiasaanya orang akan pergi dan balik kerja, mereka akan merancang perjalanan dengan lebih sistematik. Mereka akan memilih pengangkutan-pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja. Bagi tempat yang tiada akses kemudahan mereka akan berkongsi kereta ke tempat kerja.
Memang dalam keadaan sekarang jika dilaksanakan ia agak sukar. Tatapi jika telah dilaksanakan , lama kelamaan ia akan jadi mudah.
Berada dalam keadaan jalan yang sesak banyak mempengaruhi emosi dan pemikiran seorang pemandu. Ia dapat menyebabkan tekanan, boleh menyebabkan rasa marah dan keadaan ini pastinya akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah sampingan yang lain.
Rakyat negara kita seharusnya mengubah sikap atau mentaliti mereka terlebih dahulu. Mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap orang lain barulah segala perancangan kerajaan dapat dilaksanakan.
Sikap mementingkan diri harus lah dikikis segera oleh setiap lapisan masyarakat. Semua lapisan hendaklah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Barulah perjalanan menuju ke arah negara maju seperti yang dirancang akan tercapai dengan jayanya.
Di pihak pelaksana atau kerajaan pula, hendaklah mengenalpasti punca atau permasalahan yang membawa kepada keadaan kesesakan jalan ini. Setiap aduan atau maklum balas hendaklah di ambil perhatian. Mulakan segera proses penambahan jalan alternatif atau kaedah-kaedah mengurangkan kesesakan jalan pada waktu puncak.
Faktor permukaan jalan juga mempengaruhi permasalahan kesesakan jalan. Pihak-pihak bertanggunjawab hendaklah segera bertindak jika terdapat mana-mana kerosakan di atas jalan. Ia dapat melancarkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Pertambahan kawasan-kawasan perumahan dalam bandar juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kesesakan jalan. Pertambahan penduduk di satu-satu kawasan menyebabkan mereka menggunakan jalan-jalan yang sedia ada sebagai perhubungan ke tempat lain.
Pemaju-pemaju perumahan pula seharusnya telah memikirkan situasi yang berlaku pada masa akan datang. Mereka hendaklah bijak mencari kawasan-kawasan baru bagi membuat penempatan. Ini dapat mengalih kebergantungan penduduk kepada jalan sebelum ini ke kawasan yang baru yang lebih luasa dan selesa.
Oleh itu, setiap masyarakat hendaklah bekerjasama dan mengubah mentaliti mereka dari sekarang supaya kita dapat sama-sama menikmati kehidupan yang lebih selesa dan makmur pada masa akan datang.
![]() |
| Keadaan yang sesak di ibu kota |
![]() |
| Shopingg kompleks yang baru di Kota Samarahan |
![]() |
| Bandaraya Kuching sekarang |
UNIMAS. Pusat pembelajaran universiti di Kota Samarahan





Tiada ulasan:
Catat Ulasan