Semua orang mengharapkan kebahagiaan dalam hidup mereka. Tidak kira lah anak-anak yang mengharapkan kebahagiaan bersama ibu bapa dan adik beradik, pasangan kekasih, Ibu bapa kepada anak-anak dan pasangan suami isteri.
Bagi yang telah mendirikan rumah tangga, pastinya kebahagiaan dalam melayari kehidupan selepas berkahwin adalah sesuatu yang amat diidamkan. Tetapi, kebahagiaan itu hanya akan dapat dinikmati setelah berjaya mengharungi segala suka duka, kesusahan dan onak duri dalam kehidupan selepas bergelar suami isteri.
Persefahaman atau toleransi adalah amat penting untuk mencapai kebahgiaan. Kedua-dua belah pihak haruslah sama-sama menyumbangkan peranan masing-masing untuk mencapai kebahagiaan. Semua pasangan mengharapkan dapat hidup bersama hingga ke akhir hayat.
Pada masa kini, kita dapat menyaksikan terlalu banyak pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda. Yang paling menyedihkan, banyak juga yang bercerai dalam usia yang muda dan kebanyakkan mereka beragama Islam. Tentulah perkara ini amat membimbangkan kerana perceraian ini akan menyebabkan berlakunya banyak perkara negatif yang lain.
Jika pasangan yang bercerai itu mempunyai anak, anak tersebut tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari kedua ibu bapa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan