Powered By Blogger

Khamis, 2 Mei 2013

Sarawak idola 1Malaysia

Hari ini Jumaat, esok sabtu dan lusa merupakan hari yang bakal melakarkan satu lagi sejarah dalam negara kita. Seluruh warga Malaysia akan turun menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi bagi melaksanakan sistem demokrasi untuk memilih kerajaan yang baru. Pilihanraya kali ini dianggap dan diramalkan sebagai 'Ibu segala pilihanraya'. Memang sepanjang tempoh berkempen bermacam-macam peristiwa yang diluar jangkaan telah berlaku. Mungkin kerana disebabkan 'excited' nya parti-parti politik yang bertanding untuk menawan Putrajaya sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang baru.

    Bagi aku, penduduk negeri Sarawak suasana pilihanraya di sini tidak lah sehebat atau semeriah seperti di Semenanjung. Memang sudah kebiasaannya seperti itu. Tapi semenjak kebelakangan ini, budaya biadap dalam berpolitik yang selalu berlaku di Semenanjung telah mula dikesan di beberapa tempat di sini.

  Sebenarnya, negeri Sarawak merupakan negeri yang telah dahulu mengamalkan konsep 1Malaysia. Di bawah pemerintahan Ketua Menteri , Pehin Sri Taib, seluruh warga negeri Sarawak telah mengamalkan budaya hidup yang harmoni dan bersatu padu. Kesemua 32 etniknya boleh hidup bersama dan tiada masalah dalam bekerjasama menjalankan kehidupan seharian. Masyarakat Melayu boleh makan di kedai Cina dan begitulah sebaliknya. Apabila musim perayaan seperti hari Gawai yang disambut oleh orang Iban, semua kaum lain akan sama-sama meraikannya. Budaya menghormati dan sensitif terhadap adat atau pantang larang kaum lain amatlah dijaga. Walaupun orang Melayu pergi ke rumah orang Iban, mereka menghormati dengan tidak menghidangkan makanan yang tidak halal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan