Assalamualaikum...
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Hari ini merupakan raya ke 6 bagi tahun 2019. Hari raya yang sangat bersejarah bagi aku kerana kali ini aku beraya dalam keadaan tidak dapat menyediakan sebarang persiapan. Ini kerana aku telah hilang pekerjaa di Metro jaya disebabkan store membelibelah tersebut telah menamatkan operasi nya bagi cawangan sarawak.
.
Memang aku sangat merasa tertekan. Tambahan pula aku tidak mendapat gaji aku yang terakhir dan tidak diberikan pampasan. Semua nya disebabkan kesilapan aku sendiri yang bertindak mengikut hati dan perasaan serta tidak memikirkan masa depan. Aku mengakui silapku dan redha kerana tiada rezeki di situ. Aku tidak menyalahkan takdir dan berharap ada hikmah atas semua yang berlaku.
.
Semua persiapan raya dilakukan oleh ahli keluarga ku terutama adik perempuanku. Dialah yang bertungkus lumus menyediakan hidangan hari raya kali ini. Isteri ku juga membantu menyediakan air minuman untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah, walaupun tidak mewah tapi sudah cukup sempurna untuk menyambut raya dan menerima kunjungan tetamu pada raya kali ini.
.
Raya kali ini aku tak pergi solat sunat hari raya. Raya ke 2 pun aku tak ke kubur menziarahi kubur nenek lelaki ku. Entah kenapa aku berasa berat untuk melakukan ibadah2 tersebut. Solat terawih pula memang aku langsung tak buat. Puasa pun aku hanya dapat melaksanakan selama 2 minggu sahaja. Waktu berpuasa pula aku habiskan dengan tidur dari pagi hinggalah waktu berbuka. Bangun pun hanya untuk kencing dan mandi. Sekali sekala aku membuat susu untuk anak ku Icha.
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan