Dulu semasa aku dalam tempoh frasa hidup yang kronik, di sinilah aku menyembah yang maha esa. Memohon dikuatkan semangat untuk melalui ujian ujian yang akan mendatang. Tempat aku mendapat ilham untuk sesuatu yang bersinar dihujungnya.
Ketika ini, para mukmin sedang melaungkan salawat sungguh untuk mengingati dan mengaggungkan susuk yang paling mulia di muka bumi ini. Iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Rasul penyuluh seluruh alam.
Betapa aku bersyukur berada dibawah ummat nya..
Di sini juga, segala persoalan dan pertanyaan yang tidak mampu aku rungkaikan aku lalui nya melalui Istikharah, memohon petunjuk Ilahi dengan hati yang paling ikhlas sekali.
Sekali lagi, tidak akan aku berhenti disini, doa aku hidup dan matiku di rumah mu Ilahi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan