Tiada apa yang perlu digeruni melainkan kepada Yang Maha Berkuasa....Berani kerana kebenaran..
Isnin, 26 September 2022
Life
Hari demi hari baruk aku belajar erti sebenar hidup tok. Sikit sikit aku belajar mengenai aku dan semua yg berada dipersekitaran aku. Dahulu, aku mempunyai minda yang sempit memikirkan yang orang dapat hidup bahagia dan normal sememangnya memerlukan sesuatu untuk menjadi perantaraan agar segala transaksi itu berjalan dengan lancar seperti yang dimahukan oleh keduadua pihak.
Jadi, manusia akan melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak sendiri yang kadangkala memang sukar untuk didapatkan. Lebih lagi dengan zaman sekarang yang semua nya boleh dilakukan dengan mudah. Sebab itu manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Akal anugerah Tuhan memang digunakan sepenuhnya untuk mencari sumber idea yang baru bagi memenuhi kehendak kehidupan yang tidak pernah puas.
Di belahan pelusuk dunia, tiap keberadaan setiap manusia menginginkan sesuatu yang membuatkan mereka berasa lebih teruja untuk hari hari yang akan datang berikutnya.
Lalu terjadikan satu kitaran kitaran mengikuti setiap belahan jiwanya. Jiwa mereka sentiasa mendambakan sesuatu yang indah persis bak bidadari dari syurga.
Nyata sekali segala kehendak jiwa2 mereka itu disebaliknya ada sesuatu harga yang mahal perlu mereka bayar. Biar pun sehingga mengkhianati setiap alur warisannya, tetapi demi kehendak rindu serakah dunia nya sanggup dia melakukannya.
Harga yang mahal itu sedmestinyalah sesuatu yang mereka amat tatahkan dengan jiwa raga mereka sendiri. Tunggulah sahaja balasan dari sang penciptamu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan