Bukan pasal lagu ya, tapi paal kehidupan kita tok yang mewajibkan kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada kinek tok.
Betul, dunia kinek tok nang dah terlalu drastik berubah. Seolah olah sekda lagik erti mustahil kinek tok. Semua nya dapat diadakan oleh manusia dengan bantuan teknologi dan inovasi.
Disebabkan yalah, manusia kinek tok nang dah terlalu bergantung harap dengan teknologi untuk memudahkan kehidupan dan meneruskan kehidupan seharian.
Sebab ya nabi kita menuntut kita carik ilmu pakey meneruskan idup. Ilmu ya pakey kita menapis dan mentafsir maklumat yang kita dapat sehari hari. Pakey kita menilai kesahihan dan baik buruk maklumat yang kita dapat ya.
Manusia kinek tok bersaing untuk hidup. Dolok, orang bersaing untuk hiduo ya bermaksud, dapat menyediakan keperluan asas untuk diri dan orang yang dibawah tanggung jawab seperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Dapat hidup normal seperti biasa dan sihat bahagia dah bersyukur dan cukup.
Sebagai orang Islam, kita memang dah ada panduan untuk kita meneruskan kehidupan kita. Ya lah penting nya ilmu tek, ilmu yang bermanfaat yang kita pakey untuk memudahkan hidup kita dengan orang orang sekeliling kita.
Tapi disebabkan sikap manusia tok yang tamak, hanya mementingkan dirikpun dan lari dari panduan hidup yang dah ditetapkan oleh agama, maka terjadilah macam macam yang kita dapat nanggar kinek tok. Manusia hiduo bersaing bukan keperluan untuk hidup, tapi keperluan ikut nafsu yang sik pernah merasa cukup dengan menganiaya orang orang lain yang lemah dan sekda apa.
Atas sebab sikap segelintir manusia yang hidup ikut nafsu tek, kesan nya terjadi dengan semua orang. Orang orang hidup sederhana terpaksa bersaing sebab harga2 barang keperluan di kawal oleh orang orang pentingkan dirikpun. Sampei ada di sesetengah negara ya sanggup berbunuh sesama sendiri sebab nak dapat kan keperluan asas untuk meneruskan hidup.
Jadi nak, walaupun kita kinek tok kita rasa sekda apa2 tapi sebenarnya kita silap. Terlalu banyak nikmat yang ada cuma ya lah kita kurang berfikir dan bermuhasabah dengan dirik kita. Kita terlalu mengikut orang lain dan sik maok kalah dengan keadaan semasa. Yang kita takut orang menilai kita madah kita sik up to date ngan ketinggalan lah. Ya sebenarnya yang kita takut, atas penilaian orang.
Sebab ya lah alu sekda lagik rasa bersyukur ya. Jadi nak, kita kenaklah kembali kepada fitrah. Setiap hari yang kita lalui ya merupakan satu hari yang baru untuk kita yang diberik oleh Tuhan supaya kita dapat memperbaiki dirik kita pun melalui dengan cara bersyukur.
Jadi, mulalah kita hidup bersyukur dengan apa yang kita ada kinek tok berpandukan dengan panduan agama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan